Malaysia XI Tewas 3-6 Kepada Liverpool FC
Penyerang Malaysia Mohd Safee Mohd Sali menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil, 16 Julai 2011. Malaysia tewas 6-3. |
Liverpool FC Asia Tour 2011 | |||
16 Julai 2011 (Sabtu) | |||
Malaysia XI
Safiq Rahim 43', Safee Sali 79', 82' | 3-6 |
Liverpool
Charlie Adam 27' penalti, David Ngog 67', 68' Maxi Rodriguez 75', 90+1', Dirk Kuyt 90+4' | Std Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Malaysia mempamerkan semangat juang tinggi ketika bertemu Liverpool dalam aksi persahabatan Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional namun tetap gagal menghasilkan kejutan apabila tewas 6-3 kepada kelab EPL itu.
Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada anak buah Datuk K. Rajagobal yang turun dengan misi mengembalikan maruah yang tercalar setelah tewas kepada Arsenal 4-0 Rabu lepas. Barisan yang diketuai Safiq Rahim jelas tidak lagi gentar beradu tenaga dengan bintang-bintang Liverpool dan berani melakukan cabaran untuk merampas bola.
Permainan seperti yang dijangkakan dikuasai oleh Liverpool, dengan hantaran-hantaran pendek seringkali memgelirukan Malaysia dan memaksa mereka melakukan terjahan lewat untuk merampas bola.
Liverpool terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-25 menerusi penalti yang disempurnakan Charlie Adam setelah Carroll dijatuhkan oleh pertahanan Malaysia. Bintang baru Liverpool itu terpaksa mengambil semula penaltinya setelah jaringan pertama dibatalkan pengadil. Adam bagaimanapun tenang menewaskan Sharbinee buat kali kedua.
Malaysia bagaimanapun tidak langsung goyah apabila berani mengasak kubu Liverpool, yang kelihatan sedikit kepenatan dan hasil usaha keras barisan Malaysia membuahkan hasil apabila Safiq Rahim tenang menyempurnakan sepakan percuma tiga minit sebelum babak pertama berakhir, melepasi penjaga gol, Brad Jones.
Di babak kedua, hampir keseluruhan kesebelasan utama Liverpool digantikan dengan pemain-pemain simpanan, di mana bintang-bintang seperti Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez, Alberto Aquilani dan David Ngog diturunkan.
Pada minit ke 67, Liverpool kembali di hadapan apabila Ngog mempamerkan tindakan penyudah yang tajam menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang kelahirang Perancis itu tidak mengambil masa lama untuk menggandakan akaun golnya apabila dua minit kemudian, dia merembat kencang ke arah kiri pintu gol Malaysia menewaskan penjaga gol Kelantan itu.
Tersentak dengan kehilangan dua gol berturut-turut, Malaysia kemudian menurunkan penyerang sensasi negara Safee Sali untuk mempertajamkan barisan serangan. Bekas penyerang Selangor itu segera menguji penjaga gol Liverpool dengan rembatan leret pada minit ke-72.
Liverpool terus mengamuk apabila pada minit ke-74, Maxi Rodriguez menyudahkan hantaran silang daripada kiri pintu gol Malaysia untuk gol keempat mereka, membuatkan Khairul Fahmi mengeleng-gelengkan kepala dengan prestasi hambar barisan pertahanannya itu.
Safee Sali terus mempamerkan persembahan hebat apabila rembatan derasnya pada minit ke-77 terpaksa ditepis keluar oleh Martin Hansen, yang masuk menggantikan Brad Jones pada permulaan babak kedua. Seminit kemudian usaha keras Safee Sali akhirnya membuahkan hasil apabila dia menolak masuk bola muntah yang gagal ditangkap kemas Hansen setelah Mohd Amirulhadi menghantar bola leret dari kiri pintu gol Liverpool.
Stadium Nasional sekali lagi bergegar apabila Safee Sali menewaskan perangkap ofsaid Liverpool dan melorongkan bola melepasi jangkauan Hansen sekali lagi pada minit ke-81 untuk gol ketiga Malaysia. Pemain kelab Pelita Jaya itu terus menghuru-harakan barisan pertahanan Liverpool, yang jelas bergelut untuk menangani kelincahan pemain itu.
Namun Liverpool akhirnya lega apabila Maxi menanduk kemas hantaran Kuyt daripada arah kanan untuk gol kelima Liverpool ketika aksi sudah pun masuk ke masa tambahan. Para penyokong yang membanjiri stadium terus dihiburkan dengan gol keenam Liverpool apabila Kuyt menyudahkan hantaran Aquilani untuk gol terakhir perlawanan.
Kesebelasan utama.
MALAYSIA: 28 Sharbinee Allawee (1 Khairul Fahmi), 2 Mahal;i Jasuli, 4 Asraruddin Putra Omar, 6 Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), 8 Safiq Rahim (Ismail Faruqi), 12 Amar Rohidan (K. Gurusamy), 13 Ahmad Fakri Saarani (20 Shahrizal Mohd Saad, 14 Abdul Hadi Yahaya (7 Izzaq Faris Ramlan, Mohd Shafee Mohd Sali), 16 S. Kunanlan, 23 Baddrul Bakhtiar (26 Ashaari Shamsuddin), 24 Muslim Ahmad (Farisham Ismail)
Pertukaran: Safee Sali, Amirulhadi Zainal
LIVERPOOL: Separuh Masa: Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam.
Separuh Masa Kedua: Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen).
Read more: http://www.malayatigerfootball.com/2011/07/malaysia-xi-tewas-3-6-kepada-liverpool.html#ixzz1SosgHICL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TERIMA KASIH