5 Ogo 2011


Indonesia Sedia Menguji Malaysia Pada 14 Ogos 2011

Aksi Safiq Rahim (Jersi Biru) & Okto (Jersi Putih Hijau) ketika aksi final Piala AFF 2010.




Indonesia mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi 
dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaannya menghadapi perlawanan 
peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September ini.

Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), 
Bob Hippy berkata Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat.

Indonesia juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan 
dengan Australia, katanya melalui laman web rasmi PSSI. Indonesia diundi dalam
 Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.


Bob berkata walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan 
bersama pasukan dari Timur Tengah, namun ia tidak bercadang untuk 
mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa. 
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad ketika 
dihubungi berkata pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan 
lokasi perlawanan tersebut.


Read more: http://www.malayatigerfootball.com/#ixzz1U6JMpPOP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH