5 Okt 2011


Dengan kemaskini Firefox yang kini dikeluarkan dengan lebih pantas, setiap 6 minggu sekali, salah satu masalah yang dihadapi oleh para pengguna adalah ketiadaan kemaskini automatik pada pelayar web daripada Mozilla itu. Namun ia kelihatan yang mana Mozilla akan mengatasi perkara tersebut melalui Firefox 10 kelak.
Buat masa ini, kemaskini yang diperkenalkan memerlukan para pengguna klik untuk menerimanya terlebih dahulu. Melalui Firefox 10 kelak, Mozilla dijangka akan memperkenalkan fungsi kemaskini seumpama pada Chrome, membolehkan segala aktiviti kemaskini dilakukan secara automatik tanpa perlu melalui sebarang proses daripada pengguna.
Versi stabil terkini yang dilepaskan oleh Mozilla merupakan Firefox 7.0, dan Firefox 10 dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna pada 31 Januari 2012 kelak. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh mengawal perkara ini dengan mengelakkan kemaskini dilakukan secara automatik melalui panel pilihan kelak, salah satu fungsi yang tidak terdapat pada Chrome.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH