Kelantan perlukan pemain import untuk hadapi cabaran Piala AFC
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA memerlukan khidmat pemain import kompetitif bagi mengelakkan pasukan itu menjadi skuad belasahan bila berdepan pasukan terbaik benua Asia.
“KAFA akan mencari pemain yang mempunyai kemampuan untuk bersama skuad Kelantan dan mereka akan diuji terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita, di Petaling Jaya hari ini.
Terdahulu, beliau menerima Piala Liga Super yang dimenangi Kelantan selepas skuad The Red Warriors mengumpul 56 mata, tiga mata di hadapan Terengganu yang mengutip 53 mata dan Selangor, 52 mata daripada keseluruhan 26 perlawanan.
Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berkata, persatuan sanggup mengeluarkan dana yang lebih bagi mencari pemain berkualiti. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TERIMA KASIH