24 Ogo 2011
Arsenal parah ditumbangkang Liverpool
August 20, 2011 in Luar Negara by isya
Liverpool mencatatkan kemenangan pertama menewaskan Arsenal di tempat lawan sejak 2000 sekali gus menambah kesengsaraan Arsenal yang kehilangan Emmanuel Frimpong akibat dua kad kuning serta kecederaan serius yang dihadapi Laurent Koscielny. Liverpool mengatasi Arsenal 2-0 di Emirates Stadium walaupun Samir Nasri mempamerkan aksi memberangsangkan. Aaron Ramsey secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri untuk membuka tirai gol perlawanan pada minit ke-78 sebelum Luis Suarez menghasilkan gol kedua pada masa kecederaan hasil gandingan mantap bersama Raul Meireles dimana kedua – duanya dimasukkan sebagai pemain gantian. Arsene Wenger terpaksa menurunkan pemain yang tidak berpengalaman selepas ini bagi menempuh ujian getir menentang Udinese bagi kelayakkan Liga Juara – Juara Eropah sebelum perlawanan lebih utama di Manchester United.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TERIMA KASIH