24 Ogo 2011

Akhirnya Fabregas milik Barca August 16, 2011 in Luar Negara by isya Kapten Arsenal, Cesc Fabregas akhirnya berjaya melengkapkan perpindahan impian beliau ke Barcelona dengan kontrak selama lima tahun. “Cesc akhirnya menyertai Barcelona, selepas menandatangani kontrak bagi lima musim akan datang. Klausa pembeliannya adalah sebanyak 200 juta euro,” kata sumber. Fabregas bakal berganding bahu dengan Lionel Messi dan Xavi Hernandez selepas Barcelona berjaya membawanya dengan yuran sebanyak 29 juta euro. Arsene Wenger ternyata hampa dengan pemergian tersebut dengan berkata “Jelas daripada awal lagi kami tidak mahu Cesc pergi. Namun, kami faham keinginan Cesc untuk berpindah ke kelab lamanya dan kini kami menerima tawaran dari Barcelona. Kami mengucapkan terima kasih kepada Cesc kerana sumbangannya di Arsenal dan mendoakan kejayaannya pada masa depan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH