24 Ogo 2011

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson tetap mempertahankan penjaga gol, David De Gea walaupun beliau dikritik hebat selepas gagal mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Manchester United. De Gea tewas di tangan Shane Long untuk memberikan gol penyamaan buat West Brom namun jaringan sendiri dari Steven Reid menyelamatkan juara England itu untuk mengutip tiga mata penuh. Ferguson tetap percaya bahawa penjaga gol muda Sepnayol itu bakal menjadi penjaga gol terbaik selepas berjaya menyesuaikan diri di Liga Perdana England. “Pada 25 minit pertama kami beraksi cemerlang, pergerakan kami hebat tapi selepas itu permainan kami sedikit perlahan dan hilang rentak,” katanya. “Kami dibolosi gol yang sepatutnya boleh diselamatkan oleh De Gea. Ini proses pembelajaran kepadanya. Dia masih muda. Dia akan belajar. Dia akan berjaya mengatasinya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH