9 Sep 2011

Avir a2012

Setelah beberapa minggu sebelum ini AVG mengeluarkan perisian antivirus dan sekuriti mereka versi 2012, kini Avira pula telah pun melancarkan Avira Free Antivirus 2012 dalam bentuk beta, membolehkan semua pengguna sistem operasi Windows yang berminat, memuat-turun dan menguji aplikasi tersebut bermula hari ini.

Melalui Avira Antivirus 2012 Beta ini, Avira menjanjikan yang mana ianya membawakan kestabilan yang dipertingkatkan, dengan turut menyertakan sokongan sekuriti dan keselamatan serta perlindungan daripada antivirus yang dipertingkatkan berbanding versi sebelumnya. Pada masa yang sama, pemasangan antivirus Avira juga kini amat mudah, dan boleh dilakukan dengan sepantas hanya dua klik sahaja.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun Avira Antivirus 2012 Beta secara terus daripada halaman rasmi Avira, dan mula menggunakannya hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH