Sebelum ini, Amanz telah pun melaporkan yang mana angka pengguna Facebook di Malaysia telah pun melangkaui angka 11.5 juta, dan kini, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Thomas Crampton, ianya memperlihatkan yang mana Malaysia merupakan negara yang ke-17 dengan angka pengguna paling tinggi di dunia.
Pada masa yang sama, ianya turut memperlihatkan yang mana hampir 68% pengguna yang mempunyai akses internet di Malaysia mempunyai akaun Facebook mereka. Perkara ini mungkin salah satu sebab mengapa kini lebih banyak syarikat mula menumpukan pada halaman dan pemasaran sosial mereka melalui Facebook. Thomas Crampton juga turut memperlihatkan yang mana angka pengguna di Facebook di Malaysia semakin menghampiri 50% daripada angka penduduk keseluruhan di Malaysia.
Berkemungkinan, dengan kawasan liputan rangkaian internet yang semakin diperluaskan dari semasa ke semasa, kita akan dapat melihat angka pengguna Facebook terus meningkat sepanjang tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TERIMA KASIH